Dalam pemusafiran ini
Saya ingin seperti tulip biru
Saya tidak tahu kenapa
Mungkin dengan fizikalnya
Yang tidak terlalu mengembang
Mengembang seperti kembangnya bunga raya
Mengapa saya suka yang biru?
Walaupun kewujudan warnanya
Tidak dapat saya pastikan
Samaada ianya cuma khayalan
Yang jelas..
Warna birunya..
Membuatkan saya damai..
Dalam pemusafiran ini
Saya mahu..
Secantik..
Seindah...
Nama yang diberi
"bisikan gembira"
Tapi...
Saya sedih
Sukarnya untuk saya menjadi
Secantik..
Seindah...
Nama itu
Inikah kehidupan?
Yang mana kita
Perlu berusaha
Perlu istiqamah
Saya mahu membuat yang terbaik
Walaupun saya selalu tersasar
Dari pilihan itu
Semoga diberi
ketetapan
ketingkatan
dalam iman....
-sfn-
No comments:
Post a Comment