Nikah,
Nikah dan Nikah, itulah persoalan yang sering bermain di fikiran mahasiswa
tahun akhir, malah remaja di bangku persekolahan lagi sudah mula memasang
impian untuk membina rumah tangga,
Benarkah begitu?
Tidak
dinafikan lagi pernikahan mendapat "rating" yang tertinggi dalam soal
masa depan seseorang, pernikahan juga adalah pengubat hati bagi mereka yang
inginkan kebahagiaan dalam melayari arus kehidupan yang mendatang, malah ia sudah menjadi fenomena buat pasangan
bercinta untuk mendirikan rumah tangga di usia muda. Indah , bahagia dan penuh
mengasyikkan bila berbicara soal ini, itulah aura penikahan.
Namun,
sejauh mana kita bersedia memikul tangungjawab sebelum kata-kata penuh keramat
dilafazkan?
"
Aku terima nikahnya"
Sejurus
terungkap kalimah penuh bermakna tersebut maka dengan sekelip mata sahaja
seorang kekasih yang didambakan menjadi sah untuk dikongsi segala-galanya .
Jangan hanya difikir keseronokkan apabila bunga
telah ditawan si kumbang, sebaliknya si lelaki perlu lebih bersedia
dalam memikul setiap hak dan kebajikan isteri . Tidak usah terlalu memikirkan
pakaian pengantin yang ingin disarungkan di hari penikahan, tidak perlu
rungsing memikirkan tempat untuk berbulan madu apatah lagi terlalu menyempitkan
fikiran dengan perkara remeh temeh lain, sebaliknya bagi si suami apakah sudah bersiap sedia
untuk memikul dosa si isteri yang menjadi antara saham utama untuk dipersoalkan
di akhirat kelak?
"Lelaki
(suami) itu pelindung bagi perempuan ( isteri) , kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas
sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan
nafkah dari hartanya"
(
An-Nisa: 34)
Dewasa
ini, terlalu banyak rumah tangga yang dibina berakhir dengan penceraian.
Walaupun masing-masing telah diikat dengan ikatan yang sah tetapi si isteri
dibiarkan hidup tanpa bimbingan agama. Suami pula langsung tidak mengambil peduli tangungjawab sebagai seorang
pemimpin keluarga, sebaliknya hanya membiarkan keluarga dibebani dengan masalah
demi masalah yang akhirnya tidak menemui jalan penyelesaian.
ROMANTIK
DI USIA MUDA
Gelojak
jiwa yang bergelora dek angkara menahan nafsu yang meronta-ronta sudah pasti
membuatkan akal sudah tidak dapat membezakan yang manakah harus diutamakan.
Apakah benar rasa seumpama ini perlu disudahi dengan pernikahan? Ataupun
menghabiskan dahulu sisa-sisa semester yang masih berpanjangan?
Situasi
ini sudah menjadi lumrah buat mereka yang sudah "lulus" dengan ujian
yang diberikan , malah ada yang terkandas dengan "kekeliruan" , sekaligus membuatkan persepsi
"penikahan" itu dipandang dengan penuh tanggapan buruk.
"
Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali
menikah"
(Riwayat
suyuti)
Jika
sudah saling mencintai di alam universiti tiada salahnya untuk kedua-duanya
melangsungkan akad nikah bagi mengelakkan dari berlakunya fitnah. Persepsi
bahawa pernikahan di usia muda hanya membawa kepada kebinasaan perlu dilontar
jauh-jauh. Jika si lelaki sudah berkemampuan manakala si wanita pula telah
menyatakan kesanggupan, ia merupakan satu bonus untuk pasangan itu melayari
rumah tangga di usia muda.
BENARKAH
SUDAH BERSEDIA ?
"
Sudah 6 bulan kita mengenali hati budi masing-masing, boleh kita tamatkan
dengan sebuah ikatan'? ujar si akhi
"Emm..mengapa
terlalu awal? Rasanya elok kita betul-betul kenal antara satu sama lain"
balas si ukhti.
Saban
hari , sudah ramai yang terjebak dalam alam percintaan yang datang tanpa
mengundang.
Begitupun,
masih ada yang sedar bertapa sebuah hubungan yang berpanjangan tanpa ikatan
bakal mengundang padah . Membiarkan perasaan syahwat berleluasa dalam hati
hanya "melincinkan" tugasan si
syaitan yang menakluk hati yang asalnya diciptakan untuk melebihkan Allah dari
segala-galanya.
Tetapi
sayang, langit tidak selalunya cerah kadang-kala mendungnya terus berpanjangan,
ditambah pula dengan hujan lebat dari langit yang disertai kegelapan, petir dan
kilat hanya membuatkan sesebuah hubungan itu terlalu sukar untuk diteruskan.
Harapan untuk mengakhiri sesebuah ikatan dengan sekurang-kurangnya dengan tali
pertungan ditolak mentah-mentah dengan pelbagai alasan.
Saat
itu , jalan keluar ibarat sudah tertutup. Harapan yang bakal membawa kepada
kebahagiaan hanya mengundang rasa kekecewaan dan kesedihan.Akhirnya kita dapat
melihat bertapa mudah jiwa anak muda islam hancur hanya kerana bahana cinta!
Siapa
sebenarnya yang tidak bersedia dalam hal ini? Jawapanya mudah. Sekiranya belum
bersedia mengapa berani melafazkan cinta? Mengapa juga berani
"menerima" cinta ? akibatnya ramailah yang tidak berjaya mengakhiri
hubungan dengan ikatan sekaligus membuatkan hati dihimpit dengan tekanan , jiwa
terus dibunuh rasa sesal yang berpanjangan sekaligus merosakkan hati yang perlu segera diberikan rawatan.
HAKIKAT
SEBENAR KEBAHAGIAAN
Kisah
Yang dikongsi oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dalam bukunya iaitu "
Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul" benar-benar meninggalkan kesan
kepada pembaca. Buku yang Mengisahkan bagaimana cinta yang diperhalusi dengan
batas-batas syariat dari awal perkenalan hingga di hari pernikahan benar-benar
mewujudkan rasa kerdil dalam diri. Itu mungkin kata-kata pembaca yang masih
selamat dari jerangkap cinta. Namun ,bagaimanakah nasib mereka di luar sana
yang tanpa diduga dihimpit dengan fitnah cinta? Niat pada awal perkenalan ingin
menjadikan si dia sebagai pasangan hidup tetapi sebaliknya berlaku. Masih
adakah ikhtiar untuk keluar dari situasi sedemikian?
"Sesungguhnya
orang-orang yang bersabar sahajalah yang akan disempurnakan pahala mereka
dengan tidak terkira"
(
Surah Az-Zumar : 10)
Resipi
menuju kebahagian itu konsepnya sama dengan mujahadah dalam perjuangan. Tatkala
hidup inginkan keredhaan semakin itulah diri kuat diduga. Semua itu adalah kerana
Allah ingin mematangkan kita dengan setiap dugaan tadi. Dakwah nabi dan para
sahabat juga penuh dengan ranjau yang berduri. Bersusah payah demi islam
tercinta sehingga sanggup mengorbankan nyawa di medan perang antara ujian untuk
para kekasih Allah.
Mereka
tahu islam akan bertapak di dunia dengan penuh gemilang, meraka yakin
kemenangan telah dijanjikan dalam al-quran tetapi masih kuat berusaha untuk
menempuh setiap ujian yang diberikan. Semuanya hanya kerana mereka yakin dengan
satu perkara. Yakin bahawa resipi untuk bertemu kemenangan dan kebahagian hanya
dengan menyusuri kesukaran pada mulanya.
Jangan
sesekali berasa kecewa apabila ianya tidak berakhir dengan keinginan hati. Sebaliknya bangunlah dari terus dihimpit dengan kesesalan yang sia-sia. Terimalah
setiap takdir dengan hati yang terbuka. Walaupun setiap perkara telah
diusahakan namun bersyukurlah kerana sekurang-kurangnya usaha telah dilakukan
demi mencapai "status" hubungan yang diredhai Syarak. Musyawarah
diantara kedua-dua belah pihak amat digalakkan bagi mengelakkan rasa kurang
senang dan sifat dendam. Sebaik-baiknya Musyawarah dilakukan dengan pembabitan
orang tua kedua-dua belah pihak. Lebih manis dan barakah, sudah pasti dihiasi
dengan rahmat dari Allah.
Buat
mereka yang masih dilanda dengan rasa keliru
hayatilah firman Allah di bawah ini semoga ianya bakal mengubat hati
yang resah menjadi hati yang tenang lagi diredhai.
"Telah
hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah maka janganlah kamu
meminta ia disegerakan"
(
Surah An-Nahl : 1)
Hakikat
diuji dengan dugaan sememangnya menyakitkan, Ianya menyakitkan buat jiwa yang
tidak mengerti erti syukur. Allah menguji tanda sayang, tanda kita dalam
perhatian , Jadi andai kemahuan kita tidak ditunaikan tidak semestinya doa
tidak dimakbulkan. Sebaliknya mungkin kita terlalu tergesa-gesa dalam mencapai
impian ,sedangkan diri masih belum terkial-kial untuk mengharungi langkah
seterusnya tanpa sebarang persediaan. Wallahualam.
-copy n paste dari iluvislam
-copy n paste dari iluvislam